Tuesday, 21 May 2013

the super duper busy life

assalamualaikum..

ambik kesempatan ini untuk mengupdate blog yang dah lama terabai.seriously hidup aku sekarang sangat busy.even nak makan,nak solat pon terkejar-kejar.what a life.tapi aku bersyukur sebab at least banyak benda baru yang aku dah belajar dari kesibukkan ini.huh

oh ya masuk harini dah 2x nama aku naik kat red zone.agaknya dah xdak nama orang lain dah kot yang dorang nak isi kat kolum redzone.semalam pun dah kena kat red.alhamdulillah semalam semuanya berjalan lancar.tak busy.tak jona sangat.tapi kena marah tu memang tak dapat dielak la.dah la aku sorang je junior kat red.ok fine aku redha.and today is the best day for me.memang terbaik sangat harini.kejonaan terserlah.bayangkan tiga patient kena resus dalam masa serentak.intubate ok.sampaikan terpaksa aktifkan second team.ohmaiiii redzone.haruskah jona sebegitu??sampaikan aku tak sempat makan.nak minum air masak pun tak sempat.

well semenjak keje busy aku dah jarang call mak abah.bukannya melupakan.tapi memang tak sempat.balik keje dah malam.time tu dah confirm mak dengan abah dah tido punya.so terpaksa kiv.tapi dah kalau tiap-tiap hari busy memang kena keep in view hari-hari la ye.hukhuk

oh ok.entri kali ni memang short je bcoz aku dah ngantuk.and one more thing aku dah penat nak taip.oh by the way Dr Faiz hensem sangat.haritu aku tolong bacakan ABG(arterial blood gases) untuk dia.abg x ray pun hensem.hahaha.ok stop it fiza.keep moving.fokus karier.banyak lagi benda nak achive sebelum gatal-gatal nak kap alif wen(kawen).hehe

xoxo

Thursday, 2 May 2013

random update

Assalamualaikum..

alhamdulillah gaji dah masuk.so tak perlu la nak kais pagi makan tengahari,kais petang makan malam.mampu???hakhak.memandangkan gaji dah masuk,duit gaji telah dibahagi-bahagi secara bijaksana untuk bayar sewa rumah,bagi mak abah dan bayar segala hutang pemiutang.sementara gaji tengah banyak, elok sangatla aku settle dulu apa yang penting.pasal wishlist nak beli note II rasanya boleh la diKIVkan dulu.memandangkan dah banyak sangat duit yang abes.dah tak taula pegi mana duit tu.check-check balance dah tinggal sikit.so harusla kerja keras ambik ot senior dengan syarat bayar cash.memang demand sangat.hikhik

arghhhh tensen sebenarnya setiap kali dok triage.walaupun nampak macam rileks but seriously sangat exhausting.penat pala hotak nak handle kerenah pesakit,kena maki hamun dengan doktor and staff-staff lain.ohmaii.nak nangis rasa.one day masa aku tagging triage,aku dah buat satu kesalahan.memang tak dinafikan memang careless mistake aku pun.kena maki hamun dengan doktor sebab salah tagging pesakit.sangat memalukan.insiden ni memang sampai harini aku tak boleh lupa.tapi at least aku belajar dari kesilapan aku.and aku lebih berhati-hati handle situation yang melibatkan nyawa pesakit.seriously,it's not an easy task.

aku baru je lepas kursus basic life support (BLS).salah satu daripada 14 modul yang ditetapkan untuk PPW.result belum tau lagi tapi rasanya peluang nak lulus cerah.kalau nak jadi the best memang tak mampu la.at least dapat berdiri tengah-tengah pun dah syukur.takdela kategori cerdik sangat or bengap sangat.biasa-biasa sudah.low profile la katakan.katanyaaaaa..

actually aku dah mula homesick.nak balik,jauh.cuti pun beku.and rasanya macam awal lagi nak apply cuti.haruslah bertahan dan buang perasaan homesick jauh-jauh.cousin aku nak kawin hujung bulan 5 ni pun tak dapat nak pegi.tak dapat la ioullss nak melaram jadi bridesmaid dia.raya pun tak dapat nak balik.sadisnya hidup terbuang,tercampak jauh di negeri orang.but i think this is a good oppurtunity nak kenal tempat orang.asyik terperuk je kat rumah dah macam katak bawah tempurung je.

sekarang ioullsss dah gila bayang dekat izzue islam lepas tengok dia dalam cite sebenarnya saya isteri dia.sanggup ioulsss beli novel SSID sebab firash arsyad sangatla sweet.ohmaiii gigih tak ioulsss???and tiz zaqyah sangat1000x cantik pakai tudung dalam cite tu.even aku yang perempuan ni pun boleh suka nak mati tengok dia,inikan pulak jantan-jantan kat luar sana kan.cantik sangat tiz pakai shawl lilit-lilit macam tu.tapi dah memang muka cantik,pakai apa pun cantik yedak.

oh ya sekarang aku dah ada housemates baru.mula-mula macam ok la.rasa macam boleh get along.tapi lama-lama rasa macam annoying la pulak 3 orang minah ni.so ioulsss pun dah malas nak mesra-mesra sangat.banyak buat hal sendiri je.balik keja berkurung dalam bilik.by the way,sebenarnya aku tak kenal pun jiran sebelah menyebelah rumah.aku anti sosial.so what??haha.baguih la.esok lusa ada masalah taktau nak mintak tolong sapa.ceq bukan sombong,ceq pemalu orangnya.*muntah sebaldi*.

oklaa patik mohon untuk mengundur diri dulu.dah taktau nak mengarut apa.setakat ini jela entri kali ni.macam biasa la kalau patik rajin nak menaip,terlebih masa yang melampau akan ada la entri baru.sekian.

p/s : selamat mengundi kepada semua rakyat malaysia yang berdaftar.pilih la pemimpin terbaik yang boleh pimpin negara dengan baik dan prihatin nasib rakyatnya.kepada yang tak mendaftar macam ceq ni boleh la teruskan kehidupan sambil buat muka tak bersalah sebab tak reti-reti nak pi daftar.ini kalilah.class gitewww.hehe

with love <NURHAFIZA ZAINON>

xoxo