Friday, 19 April 2013

genap sebulan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah lebih dari sebulan aku menjalani kehidupan bekerjaya.so far semuanya berjalan lancar.even sometime stress la jugak dengan keja tapi aku still boleh tersenyum.kalau kena kutuk,kena perli,kena buli.itu semua aku still boleh terima setakat ini.adatla jadi junior.semua benda serba tak kena.ada je orang yang observe & kaki report pun tak kurang ramainya.

sepanjang sebulan ni aku belajar untuk jadi hipokrit.aku belajar untuk jaga hati orang lain walaupun hati sendiri tak terjaga.alasannya sebab aku sedang dalam tempoh assesment.takpe fiza 6 bulan je.sabar jela.aku tahan diri dari menjawab balik apa yang orang cakap.aku iyekan aje apa yang orang lain cakap walaupun dalam hati giler protes.susah sebenarnya tapi aku terpaksa.

i'm mentally & physically prepared untuk buat double shift lepas je senior PPW10 keluar nanti.memang kitorang 15 orang PPW11 akan melalui hidup yang sangat busy after this.even ada senior sekarang pon dah boleh rasa hidup yang kelam kabut.semuanya rasa macam tak sempat.nak makan tak sempat.nak keluar jalan-jalan tak sempat.tido pon selalu sangat tak cukup.aishhh la nasib badan.dapat hospital yang busy macam hospital sultanah aminah ni.berangan la hang kalau nak balik kampung raya ni.nak apply cuti pun awal-awal lagi dah kena reject.wkakakaa

gaji belum dapat lagi.terpaksa la buat loan pama.kos sara hidup kat jb agak mahal la.so aku memang sentiasa beringat.kalau dulu pegi shoping selalu beli benda tak berfaedah.tapi sekarang dah boleh control habit tu.barang-barang kehendak semuanya tolak tepi.keperluan is my priority.sekarang pun aku selalu masak sendiri je.makan kat luar mahal.baik masak sendiri.banyak jugak penjimatan disitu.bukannya kedekut tapi ini namanya berjimat tau.hikhik.dah la sewa bilik pun dah rm250 sorang per month.

so far aku berpuas hati dengan rumah sewa sekarang.walaupun mula-mula rasa macam mahal tapi bila fikir balik price dia not bad la.rumah fully furnished.sewa sekali dengan bil api,air dan astro.walaupun dalam agreement tulis hanya sewa bilik tapi owner bagi kebenaran guna semua barang-barang dalam rumah.kiranya macam sewa 1 rumah jugakla.

disini aku ingin meluahkan rasa terhutang budi sangat dengan kakak aku sebab bersimpati dekat adiknya lalu membelikan moto untuk aku.hehe.dulu pegi keja naik teksi je.sekali jalan dah rm5.pegi balik dah rm10.bayangkanla kalau tiap-tiap hari macam ni.membazir je kan.so aku pun terpaksa la buat muka seposen mintak moto kat abah.last-last akak aku yang tolong belikan.alhamdulillah.sayang jugak dia kat aku ^__^

eh eh banyak pulak dah aku taip entri ni.taip panjang-panjang pun belum tentu orang baca kan.haha.ok la stop dulu la kat sini.next entry boleh taip panjang-panjang lagi.tapi tak taula bila pulak nak update lepas ni.kalau rajin,kalau ada masa lebih,kalau ada idea,adala kan entri baru.insyaAllah.

sekian.with love <NURHAFIZA ZAINON>

xoxo

No comments:

Post a Comment